MULANYA DI SINI

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Buat makluman buat semua ahli ALSPEN, kita dah masuk dalam bulan Februari sudah …
Semua masih ingatka pasai event kita bulan Februari ni ?
Tema kita “MULANYA DI SINI” .
Jom ramai-ramai pakat ke sekolah pada 25hb Februari 2017 . Ada 2 event yang bakal berlangsung pada tarikh tersebut. Pada waktu paginya dilangsungkan Hari Sukan & Olahraga Tahuna Sekolah dan pada waktu petang nya juga 1 lagi Event yang amat penting untuk semua ahli. Yang program petang tu, biaq la Pengarah Komunikasi Alspen , Abang Bud Liza yang umumkan.
Untuk makluman semua , Biro Sukan akan menyumbangkan di dalam RM1000 bagi menaja 4 khemah untuk rumah sukan dan bakinya digunakan untuk menaja hadiah untuk olahragawan & olahragawati sekolah.
Bab khemah ni bukannya apa, kita nak kembalikan semula nostalgi masa kita zaman sekolah dulu. Time hari sukan lah yang paling ditunggu-tunggu . Prep petang pun tak yah pi dah , pasai nak setup khemah. Malam pun tak yah pi prep. Masing-masing nak kalut hias khemah dengan pelbagai tema kan ? Tapi macam biasa laa… yang buat keja tak ramai kan ? Yang tolong tengok je ramai …heheheh
So, pihak sekolah sangat-sangat mengalukan kepulangan semua ahli ALSPEN sempena kejohanan olahraga yang bakal diadakan pada tarikh tersebut. Kalau boleh tu , kita mai pakai t shirt atau baju mengikut rumah .. Amacam ? Cumanya rumah sukan Mutiara ja dari Putih bertukaq ke Kuning .. Balun ja la kan ?
Sambil-sambil baca tu , cuba bagi idea a few sukan yang kita boleh buat ari tu . Mungkin dalam 1-2 acara kita bersama Cikgu & Ibu Bapa murid-murid. Bab Hadiah jangan risau noo..Yang masuk semua dapat.. Mana la tau nak amik feel dapat hadiah balik kan ?
Itu saja dulu laporan dari Biro Sukan Alspen .
P/S : Cer tempek sikit gambaq-gambaq kenangan masa Kejohanan Sukan Tahunan dulu-dulu.. Kalau nak declare Champion Rumah Sukan, sila uplod bukti sekali noo .
Sekian,
Saiful Yazan melaporkan dari bilik Berita Biro Sukan Alspen.