Mesyuarat Agung Tahunan Alspen 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga Alspen.
Jemputan dan notis rasmi Mesyuarat Agung Tahunan Alspen 2017. Untuk pengetahuan semua, Alspen pernah hampir dibatalkan oleh Pendaftar Persatuan gara2 ketidakhadiran ahli ketika Mesyuarat Agung Tahunan. Di atas rayuan Exco, Alspen cuma diberikan amaran terakhir. Sekiranya anda rasakan Alspen masih relevan, sila pastikan sekurang2nya setiap batch menghantar 5 orang wakil atau Alspen terpaksa berdepan dengan isu pembatalan sekali lagi. Sila sahkan kehadiran wakil batch masing2 di ruangan komen ( tidak perlu tulis nama cuma tulis bilangan wakil batch). Saya amat2 berharap agar pisang tidak berbuah dua kali.
Sukan Tahunan Sekolah 2017 akan berlangsung pada pagi hari yang sama.
Sekian, harap maklum.